Posts filed under 'Uncategorized'




ice breaking..!

assalamualaikum…

biasanya kan orang memperkenalkan diri dalam sesi ice breaking..tapi sy tidak.. malah hari ini saya mungkin bercerita..hish..hish..manala tahu dengan cerita ini saya diingati..

 pernah dengar tentang Veer Zaara??Mann? Kuch-kuch Ho Ta Hai?? semuanya cerita bollywood tapi bukan itu yang ingin pem ceritakan..

pem bercerita tentang pan’s Labyrinth..pernah tengok?? cerita ni agak lama jugak la..wujud elemen kasih sayang, dendam, benci,..dan macam-macam lagi..

cerita ni adalah realiti campur fantasi..sseorang budak perempuan yang fikirannya penuh fantasi..selepas bapaknya meninggal dunia, ibunya berkahwin dengan sorang kapten yang sangat kejam, kasar, tak hensem…hish..tak baik kutuk orang..hehe entah macamana la ibunya boleh terpikat pada makhluk macam tu..rupa-rupanya..kapten tu hanya nak anak saja…dia mahu keturunan yang dibangga-banggakannya berterusan..continuous.. 

budak perempuan ni tension jugakla dengan ayah tirinya tu…tapi apakan daya kenala terima hakikat bahwa dia tu suami ibunya..ayahnya bertugas di dalam hutan memerangi pengganas di mexico..(lebih kurangla..)

kapten tu bila dia pandang pengganas macam tak ada belas kasihan langsung..terus bunuh..pangg!!! malah, dia boleh hidu kehadiran pengganas dalam kumpulannya..dasyatkan…semasa amour..(budak perempuan tu..) menemui ayah tirinya ibunya sedang sarat mengandung…jadi bila ibu pun sakit anak terabaila..hari-hari yang dilaluinya amat bosan..ibunya hanya baring..baring saja…amour pula tak berteman..tapi, pembantu kapten yang paling setia ni la yang akan jadi teman rapat amour…kongsi masalah..pergi bermain..namun, tidak disangka pembantu ni adalah saudara rapat si pengganas tapi itu tidak menghalang amour untuk berkawan dengannya.. 

ada saja masa lapang amuor akan menemankan pembantu tersebut menemui gengnya..dalam pada itu, amour sentiasa bersiar-siar di hutan yang tebal itu sehingga ia bertemu suatu kubu yang asasnya adalah rimbunan pokok-pokok dan daun-daun yang tebal..tempat itulah yang dikenali sebagai labyrinth..

amour pun masuk dan meneroka tempat tu..sehingga dia nampak tangga dan kemudian turun..turun..terkejut beruk pabila ternampak satu makhluk yang pem boleh kategorikan paling hodoh..ya la telinga tu dahla macam gajah…mata sepet…cara jalan fail jadi model..terhinjut-hinjut..

amour terkejut pabila dia dipanggil sebagai puteri dan kononnya hanya dia dapat selamatkan dunia mereka di alam lain daripada di ancam..ada beberapa tugasan yang diberikan padanya untuk beliau habiskan agar dia dapat bertemu ayahnya semula..

tugasan terakhir beliau tidak dapat disempurnakan dengan baik..akhirnya makhluk itu murka..dan tidak mahu menemui amour lagi…tidak sama sekali!!!

satu masa amour menemani pembantu itu berjumpa dengan kumpulannya di hutan…malangnya, kegiatan mereka di hidu oleh kapten tersebut..akhirnya, amour dikurung oleh ayah tirinya..tidak dibenarkan berkawan dengan sesiapa pun…

pembantu diseksa habis-habisan oleh kapten dan suatu masa dia telah memboloskan dirinya dari kurungan kapten…amour amat sunyi ketika ini…tiba-tiba makhluk pelik itu datang lagi…dengan tugasan terakhir yang amat memilukan..

ibunya melahirkan anak dalam keadaan yang menyedihkan..beliau meninggal dunia..namun, itu tidak sedikitpun mengubah hati kapten yang kejam tu..apa yang penting baginya adalah keturunannya..

tugasan terakhir amour adalah membawa adik lelakinya ke labyrinth..amour pun tidak pasti samada tindakannya betul atau tidak tapi dia tidak sanggup melihat adiknya akan di didik oleh ayah tirinya…dia membawa adiknya tapi..dia amat sedih kerana sebenarnya adiknya hanya dijadikan korban oleh makhluk itu..hanya dengan darah adiknya baru dia akan di bawa berjumpa ayah kandungnya…dia tidak sanggup hendak mengorbankan adik sendiri…

PANGG!! satu tembakan tepat pada perutnya..kapten telah membunuh amour…ketika dia sampai ke tempat amour menyerahkan anaknya itu, dia dapati amour seperti bercakap sendirian…kapten tersenyum puas..HAHAHAHA!!

PANGG!!! kali ni tembakan kena pada dirinya…pembantu bersama kumpulannya telah pun mengepung kawasan persinggahan kapten..pembantu mengambil anak kapten tersebut dan cuba mencari kelibat amour….sayang seribu sayang amour telah pergi meninggalkannya…hanya titisan airmata yang mampu mengiringi pemergian amour..

di alam lain..amour sedang di sambut oleh ibu dan ayahnya di sana…sebenarnya dia telah berjaya menjadi seorang puteri kerana perasaan kasih sayangnya terhadap adiknya sehingga sanggup mengorbankan dirinya sendiri..

tamat…

Add comment February 7th, 2008

Calendar

Admin

Links

Categories

Archives