Posts filed under 'bilik tidur..!'
penatnya…
sampai saja aku di bilik terus aku sambung balik tidur ku yang kurang mencukupi tadi…
lenguh pula tidur dalam kereta walaupun aku membawa sekali bantal yang empuk berwarna pink…
bila diingat semula kenangan itu kan rasa sangat seronok pula..pergi kenduri kahwin pagi semalam..tengok macamana adat dan budaya kita dalam majlis perkahwinan..teringat pada majlis perkahwinan adik aku..
semuanya indah…tapi ada sikit perbezaan yang aku perhatikan antara majlis di semenanjung dan sabah..kalau adat semenanjung kedua-dua pihak perlu bertukar dulang tapi kalau di sabah setakat yang aku tahu tidak perlu rasanya..pihak lelaki saja yang akan beri hantaran..
untung juga jadi gadis Sabah ni..ngeh..ngeh..ngeh..
dah dapat souvenir tu apalagi chow dulu..lagipun buat apa mahu lama-lama disitu malu la orang tengok..cehh..macamla orang tengok pun..
usai bersalam-salaman kami pun menuju ke laut Balau…dekat saja dari rumah kenduri tadi dalam 18 km saja..rumah majlis tu di Kota Tinggi Felda Adela..melepaskan kerinduan pada laut salahsatu kegemaranku…dah penat bermain-main di pantai aku rehat di bawah pokok…
bunyi drum..” oi mak neneknya meletup…” astaghfirullah handphone ku bunyi..ingatkan bunyi dari mana tadi..Alhamdulillah aku dapat berita yang atukku sudah boleh menggerakkan badannya sedikit demi sedikit…sebelum ni atuk aku mengalami lumpuh satu badan rasanya akibat strok…tidak sabar aku mahu melihat muka atukku..
ku tatap kembali mesej tersebut eh penghantarnya…Epy..kenapala dia ni suka menyibuk hal aku ya..
tidak mengapa disebabkan dia juga ahli keluarga maka aku maafkan..padahal aku dikhabarkan yang dia ni sebenarnya sudah bertunang pun dengan orang lain…nantila kalau aku rajin aku tanya hal dia pula..
Add comment February 12th, 2008
bersihkan hati…
assalamualaikum..dan selamat pagi dunia…
pernah pem dengar tentang sebelum tidur bersihkan hati dengan memaafkan orang..zikir pada Ilahi…itu sebelum tidur…
apakata selepas solat subuh buat perkara yang sama..bersihkan hatila..lepas itu, kalau mahu tidur..lantakla~~
Add comment February 9th, 2008