Archive for February, 2008
perlu tahu…
sihat??? aku pun sihat juga sekarang ni masih diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang macam-macam ada ni..
masih diberi kekuatan untuk makan da minum seperti biasa..Alhamdulillah..semua orang pernah marah kan..pernah rasa geram kan..samala seperti aku cuma peratus atau darjah bahang kemarahan tu saja yang berlainan…
cakap pasal marah..mesti terlintas perkara yang negatif kan…tapi sebenarnya ada juga kebaikan disebalik perasaan marah ni..eh guys, aku bukannya mahu mempertahankan keegoan dengan menyetujui perasaan marah ini berlaku..bukan begitu tapi, aku mahu semua orang tahu yang perasaan marah ini normal..
kenalah faham-faham sendiri bahawa marah itu punyai keburukan juga..contohnya kalau kita marah orang terdekat mesti orang tu nanti dah tak mahu rapat dengan kita sebab kita asyik meletup..!
berhati-hatilah dalam kehidupan jangan sampai kita selalu menyakitkan hati orang lain..ada orang tanya aku macamana kita mahu megekspreskan perasaan tidak puas hati kita kalau tidak melalui marah??
berpada-padala cik non oi!!..marah-marah juga tapi fikirla kalau orang lain marah kita juga apa perasaan kita sedih bukan..
sesekali melepaskan marah itu baik sebabnya kita secara tidak langsung melepaskan tekanan dan dendam kesumat yang terbuku dihati..dari situ kita tidaklah mendidik diri jadi pendendam..setelah terluah segalanya Insyallah hati akan lebih jadi tenang dan bersih..
tapi, ingin diingatkan jangan keterlaluan tak pasal-pasal dapat penyakit..
oleh itu, hidup ni teruskan la dengan rasa gembira walaupun banyak juga duri yang terpaksa kita pijak..
Add comment February 19th, 2008
penatnya…
sampai saja aku di bilik terus aku sambung balik tidur ku yang kurang mencukupi tadi…
lenguh pula tidur dalam kereta walaupun aku membawa sekali bantal yang empuk berwarna pink…
bila diingat semula kenangan itu kan rasa sangat seronok pula..pergi kenduri kahwin pagi semalam..tengok macamana adat dan budaya kita dalam majlis perkahwinan..teringat pada majlis perkahwinan adik aku..
semuanya indah…tapi ada sikit perbezaan yang aku perhatikan antara majlis di semenanjung dan sabah..kalau adat semenanjung kedua-dua pihak perlu bertukar dulang tapi kalau di sabah setakat yang aku tahu tidak perlu rasanya..pihak lelaki saja yang akan beri hantaran..
untung juga jadi gadis Sabah ni..ngeh..ngeh..ngeh..
dah dapat souvenir tu apalagi chow dulu..lagipun buat apa mahu lama-lama disitu malu la orang tengok..cehh..macamla orang tengok pun..
usai bersalam-salaman kami pun menuju ke laut Balau…dekat saja dari rumah kenduri tadi dalam 18 km saja..rumah majlis tu di Kota Tinggi Felda Adela..melepaskan kerinduan pada laut salahsatu kegemaranku…dah penat bermain-main di pantai aku rehat di bawah pokok…
bunyi drum..” oi mak neneknya meletup…” astaghfirullah handphone ku bunyi..ingatkan bunyi dari mana tadi..Alhamdulillah aku dapat berita yang atukku sudah boleh menggerakkan badannya sedikit demi sedikit…sebelum ni atuk aku mengalami lumpuh satu badan rasanya akibat strok…tidak sabar aku mahu melihat muka atukku..
ku tatap kembali mesej tersebut eh penghantarnya…Epy..kenapala dia ni suka menyibuk hal aku ya..
tidak mengapa disebabkan dia juga ahli keluarga maka aku maafkan..padahal aku dikhabarkan yang dia ni sebenarnya sudah bertunang pun dengan orang lain…nantila kalau aku rajin aku tanya hal dia pula..
Add comment February 12th, 2008
geramnya….
sabar..sabar ye pem…
hari ni aku dapat tahu yang part ni dalam rumahku telah ditukar..siapakah yang berani menukarnyaaaa??? berani sungguh..Cis!!
tunggulah aku balik nanti aku kerjakan dia..siapa yang tidak marah suka hati laki mak tiri dia saja menukar susun atur perabot serta alat-alat perhiasan dalam ruang itu..
aku juga dikhabarkan tentang anak-anak patung ku yang berhijrah ke stor…oh tidak!! nanti habis dikerjakan oleh cik-cik tikus dalam bilik itu..
tadi,
aku menelefon ke rumah..amarahku terhenti bila ku dengar suara yang sayup-sayup..
” Hello Barbie Girl….”
ah itukan suara Epy…(dia ni bekas bakal tunang aku dulu..ngeh..ngeh..) ” eh kamu buat apa dalam rumah aku pula ni..”
” saja..rajin pula tangan ni hendak mengubah susunan ruang tamu…hehehe..”
mendengar kekekan ketawa epy buat aku jadi happy seketika..maklumlah sudah dua tahun kami tidak bertegur sapa semenjak kejadian pertunangan yang terkandas…
sebenarnya dulu kami bakal bertunang tapi disebabkan aku rasa belum bersedia..aku menolak secara baik…mungkin cinta boleh dipupuk..tapi oleh sebab aku telah menganggapnya sebagai kawan rapat masa kecil-kecil dulu susah juga untukku menggelarkannya sebagai suami…berilah aku masa..
berbalik pada cerita ruang tamu rumahku…aku bertanya padanya kenapa pergi rumah aku dan merosakkan segalanya..selamba dia menjawab ” awak tu sudah matang susun rumah macam kanak-kanak…”
eleh suka hati dia pula cakap aku macam tu..aku tanya pada mama dan bapa kenapa tidak menghalang kegiatan ‘alien’ tu..aku pula yang dimarah malah dinasihatkan agar lebih matang dalam kehidupan…
apa ni???!! sudahlah rumahku dicerobohi..aku pula dimarahi…
p/s: jangan buat kunci pendua nanti orang @ ‘alien’ masuk rumah..
2 comments February 10th, 2008
bersihkan hati…
assalamualaikum..dan selamat pagi dunia…
pernah pem dengar tentang sebelum tidur bersihkan hati dengan memaafkan orang..zikir pada Ilahi…itu sebelum tidur…
apakata selepas solat subuh buat perkara yang sama..bersihkan hatila..lepas itu, kalau mahu tidur..lantakla~~
Add comment February 9th, 2008
fruit salad~
disebabkan ni adalah salahsatu makanan kegemaran pem..ingin juga pem berkongsi tentangnya..
biasanya orang letakkan buah dan mayo yang siap tulis “for fruit salad” tapi sebenarnya tidak…mama pem berasal dari filipina..dan suatu ketika dulu pem juga membesar di filipina..tampak berbeza macamana orang malaysia dan filipina buat salad..
bahan-bahan: daun salad(rasa tak perlu sangat sebab nanti pahit pula tapi kalau tak ada bukan salad namanya..), buah-buahan campuran contonhnya, longan, nenas, betik…, nata de coco cocktail macam-macam jenama ada…mayonaise, cheese spread(keju cair), bar keju yang sudah diparut, dan susu cair…
selepas itu, gaul semuanya ikut citarasa masing-masing dan amaun bahan-bahan yang ada…kemudian, sejuk bekukan…nikmatinya pada waktu petang sebagai pengganti pisang goreng mesti sedaaaappp!!…kalau nak lagi sedap hidangkan bersama softdrinks..
dah selesai jangan tinggalkan macam tu saja dapur tu bersihkan juga..hehe
selamat mencuba~!!
Add comment February 8th, 2008
wah!!!
salam…
dah habis bercerita kini masa untuk memperkenalkan diri pula…lebih selesa kalau dipanggil pem..nama manja la kononnya tu..
bila orang tanya perkenalkan diri anda dalam satu perkataan pem akan jawab ‘abstrak…’yala kadang-kadang periang dan kadang-kadang pendiam..
tapi tidakla gelak sorang-sorang..tu memang abstrak sangat entah-entah ada masalah mental..
pelajar..menuntut di salahsatu ipt di selatan semenanjung malaysia..tapi pem ni asalnya nun jauh tu haa sabah di bawah bayu..
hidup ni banyak episodnya..lagi best kalau dirakam dan di mainkan bila-bila..tapi pem…hanya meluahkannya melalui penulisan…
Add comment February 8th, 2008
ice breaking..!
assalamualaikum…
biasanya kan orang memperkenalkan diri dalam sesi ice breaking..tapi sy tidak.. malah hari ini saya mungkin bercerita..hish..hish..manala tahu dengan cerita ini saya diingati..
pernah dengar tentang Veer Zaara??Mann? Kuch-kuch Ho Ta Hai?? semuanya cerita bollywood tapi bukan itu yang ingin pem ceritakan..
pem bercerita tentang pan’s Labyrinth..pernah tengok?? cerita ni agak lama jugak la..wujud elemen kasih sayang, dendam, benci,..dan macam-macam lagi..
cerita ni adalah realiti campur fantasi..sseorang budak perempuan yang fikirannya penuh fantasi..selepas bapaknya meninggal dunia, ibunya berkahwin dengan sorang kapten yang sangat kejam, kasar, tak hensem…hish..tak baik kutuk orang..hehe entah macamana la ibunya boleh terpikat pada makhluk macam tu..rupa-rupanya..kapten tu hanya nak anak saja…dia mahu keturunan yang dibangga-banggakannya berterusan..continuous..
budak perempuan ni tension jugakla dengan ayah tirinya tu…tapi apakan daya kenala terima hakikat bahwa dia tu suami ibunya..ayahnya bertugas di dalam hutan memerangi pengganas di mexico..(lebih kurangla..)
kapten tu bila dia pandang pengganas macam tak ada belas kasihan langsung..terus bunuh..pangg!!! malah, dia boleh hidu kehadiran pengganas dalam kumpulannya..dasyatkan…semasa amour..(budak perempuan tu..) menemui ayah tirinya ibunya sedang sarat mengandung…jadi bila ibu pun sakit anak terabaila..hari-hari yang dilaluinya amat bosan..ibunya hanya baring..baring saja…amour pula tak berteman..tapi, pembantu kapten yang paling setia ni la yang akan jadi teman rapat amour…kongsi masalah..pergi bermain..namun, tidak disangka pembantu ni adalah saudara rapat si pengganas tapi itu tidak menghalang amour untuk berkawan dengannya..
ada saja masa lapang amuor akan menemankan pembantu tersebut menemui gengnya..dalam pada itu, amour sentiasa bersiar-siar di hutan yang tebal itu sehingga ia bertemu suatu kubu yang asasnya adalah rimbunan pokok-pokok dan daun-daun yang tebal..tempat itulah yang dikenali sebagai labyrinth..
amour pun masuk dan meneroka tempat tu..sehingga dia nampak tangga dan kemudian turun..turun..terkejut beruk pabila ternampak satu makhluk yang pem boleh kategorikan paling hodoh..ya la telinga tu dahla macam gajah…mata sepet…cara jalan fail jadi model..terhinjut-hinjut..
amour terkejut pabila dia dipanggil sebagai puteri dan kononnya hanya dia dapat selamatkan dunia mereka di alam lain daripada di ancam..ada beberapa tugasan yang diberikan padanya untuk beliau habiskan agar dia dapat bertemu ayahnya semula..
tugasan terakhir beliau tidak dapat disempurnakan dengan baik..akhirnya makhluk itu murka..dan tidak mahu menemui amour lagi…tidak sama sekali!!!
satu masa amour menemani pembantu itu berjumpa dengan kumpulannya di hutan…malangnya, kegiatan mereka di hidu oleh kapten tersebut..akhirnya, amour dikurung oleh ayah tirinya..tidak dibenarkan berkawan dengan sesiapa pun…
pembantu diseksa habis-habisan oleh kapten dan suatu masa dia telah memboloskan dirinya dari kurungan kapten…amour amat sunyi ketika ini…tiba-tiba makhluk pelik itu datang lagi…dengan tugasan terakhir yang amat memilukan..
ibunya melahirkan anak dalam keadaan yang menyedihkan..beliau meninggal dunia..namun, itu tidak sedikitpun mengubah hati kapten yang kejam tu..apa yang penting baginya adalah keturunannya..
tugasan terakhir amour adalah membawa adik lelakinya ke labyrinth..amour pun tidak pasti samada tindakannya betul atau tidak tapi dia tidak sanggup melihat adiknya akan di didik oleh ayah tirinya…dia membawa adiknya tapi..dia amat sedih kerana sebenarnya adiknya hanya dijadikan korban oleh makhluk itu..hanya dengan darah adiknya baru dia akan di bawa berjumpa ayah kandungnya…dia tidak sanggup hendak mengorbankan adik sendiri…
PANGG!! satu tembakan tepat pada perutnya..kapten telah membunuh amour…ketika dia sampai ke tempat amour menyerahkan anaknya itu, dia dapati amour seperti bercakap sendirian…kapten tersenyum puas..HAHAHAHA!!
PANGG!!! kali ni tembakan kena pada dirinya…pembantu bersama kumpulannya telah pun mengepung kawasan persinggahan kapten..pembantu mengambil anak kapten tersebut dan cuba mencari kelibat amour….sayang seribu sayang amour telah pergi meninggalkannya…hanya titisan airmata yang mampu mengiringi pemergian amour..
di alam lain..amour sedang di sambut oleh ibu dan ayahnya di sana…sebenarnya dia telah berjaya menjadi seorang puteri kerana perasaan kasih sayangnya terhadap adiknya sehingga sanggup mengorbankan dirinya sendiri..
tamat…
Add comment February 7th, 2008
